Hye Everybody!!

Hye Everybody!!

Saturday, 25 June 2011

Kucing Saya Nama TamRain

Assalamualaikum~ Ape kabar yer follower2 semua?? Harap baiklah sentiasa hendaknya. Entry aku kali ini aku nak bercerita pasal kucing kat rumah aku. Errr sejak bile aku suka kucing?? Hahaha..Sedangkan Myvi boleh berubah, inikan pulak manusia kan.. Ok frankly speaking, aku memang tak suka kucing. Dari kecik aku anti sangat ngan kucing, apatah lagi nak pegang2 depa tu. Memang nasib aku baik sebab sume member2 yang aku kenal sume tahap biase2 jer ngan kucing. Tapi segala2nya berubah bile aku masuk ijazah. Aku ader sorang kawan, nama dia Balkish, dia sangat2 suke kucing. Pantang tengok kucing mesti dia nak pi belai. Tak kesah la kucing kurap ker, kucing jalanan ker, sume dia bantai..hehehe. Aku pom kompius, apelah yang best sangat ngan kucing ni. Satu hari, di tempat umah sewa lama aku tu, ader sekor kucing. Kondisinya sangat2 la menyayat hati. Badan ibarat skeleton, tengkuk dia berkurap bagai nak putus aku nengoknya. Sedikit sebanyak jatuh jgk rasa simpati aku kat kucing tu. Tapi dalam keadaan teruk2 mcm tu pun satu jer yg aku berkenan kat kucing tu, mata dia mcm pakai eyeliner.. chomell shangat.. Tapi aku still tak suke kucing tu. Kitorang bagi name RAP kat dia, short form utk KURAP. Hehe.. Tapi yang paling aku hangin sangat2 ngan si Rap ni dia salu lepaking kat depan pintu umah sewa lama aku. Ape yg best ntah, aku pom kurang pasti. Maybe previous penyewa suka layan si rap ni kot...Andaianku. Lps tu, member aku ni mmg syg sgt2 kat kucing ni, dia pom kasik ubat gamat kat leher si Rap ni. Glepar dode dode si rap ni bile kne sapu ubat. Degil tu.. tak cukup dgn itu, dia siap rawat lg si rap ni, siap bagi injection lagi.. sampai la rap ni jadi kucing yang gemuk dan gebu... DONE. hehe.. Al-kisah pasal Rap. Tapi aku still lagi takleh fall in love ngan kucing ni.. Keras sungguh hati aku. Sampai la aku balik kampung, yakni umah aku di Kubang Kerian. Seluruh keluarga aku memang suka kucing tahap biase2. Bela kucing sbb nak halau Cik Ti ajer. Memang umah aku ader kucing, mak aku yang bela.


Mama Meow

Haa.. ni lah kucing mak aku.. Nama ape tah.. Tp aku salu panggil dia Meow. Najihah, anak buah aku yang bagi. Najihah ni suke sgt ngan kucing. Pantang tengok kucing, mesti excited tahap asbestos. Tengok lah kat pic bawah tu.. Muka excited tu. Aku pon tak pernah pegang kucing camtu. Geli...hehehe. Tapi adik boleh. Masa ni kitorang gi visit umah baru Kak Ema aku. Umi abah dia busy duk bincang sal umah. Anak2 dia duk hooray2 melayan kitten tu. Kesian kitten tu, adik tak kasik chance kitten tu rehat langsung. Hehehe..

Hehe.. Ok, berbalik kepada Meow. Skg ni aku edit sket nama Meow ni. Aku panggil dia Mama Meow. Sbb Mama Meow dah ade baby.. Kesian kat Mama Meow. Dlu dia dah branak, 4 ekor ank dia, tapi sume mati. Sengal jgk la minah ni buat seketika.. Mulai saat itu aku dah rase simpati sket2 kat Mama Meow ni.. Bagi aku Mama Meow ni cun la jugak.. hehe.. Satu hari, aku dapati Mama Meow pregnant lagi. Tapi kali ni punyalah brutal minah ni. Panajt saner, panjat sini.. Aku bukan aper, mama meow ni lau lasak2 kang, kesian kat babies lam perut tu.. Tapi mama meow tak dengar aku larang. Yela, aku mana la pernah layan dia.. Tapi lau kakak and mak aku sembang2 ngan dia, mula la dia menggedik2 manja, Nyampah aku! Ishhh.. i'm not jelous ok... Lps cukup tahap matang, mama meow pon lahirkanlah anak. 2 or 4 ekor lau tak silap aku. Tah 2 ekor kot. Mama Meow jadi garang sgt2 kali ni.. Ngan sume org dia hangin. Pantang lau ader saper2 g melawat babies dia, terus dia pindahkan babies dia tu. Kira Mama Meow jadi kaum nomad la jap. Al-kisah yang paling tak ley blah, Mama Meow pernah sorok babies dia dalam bilik abg aku! Hak3.. Mentang2 la bilik abg aku ader karpet, ko suke la ea... Takpe2 janji jgn bilik aku dah.. Aku kesian kat Mama Meow ni sebenarnya.. Dia jadi paranoid sbb dulu sume anak2 dia mati. So, kali ni mmg dia betul2 jaga la.. Di sebabkan rasa simpati nilah aku jatuh sayang kat babies Mama Meow. Aku cari kotak, aku taruk kain dalam tu, kasik Mama Meow ngan anak2 dia selesa sket. Tapi yang plg skt ati Mama meow tak nak duduk dalam kotak yang aku khaskan utk dia.. Nak jugak bermastautin lam bilik abang aku. Aku pom dengan beraninya curik sekor2 baby mama meow. Mak oihhhh punya la geli geleman aku nak pegang kucing. Lau tak silap aku, 1st time dalam hidup aku kot pegang kitten. Tapi failed! aku mmg tak ley ngan kucing2 ni. So, kene jugak guna alat bantuan nak pindahkan kitten2 tue kat lam kotak tu.. sian Mama Meow, nangis2 dia carik babies dia. Last2 aku tunjukkan kotak tu kat
Mama Meow. Aku nampak dia excited sbb dia terus jilat2 babies dia tu... Tapi yang paling sedey, babies Mama Meow tak sesempurna kitten2 lain.. Dia cacat penglihatan..Aku ingatkan dua2 ekor yang buta, tapi sekor lagi sbelah celik, sbelah lagi maybe kurang power kot.. Yang ni kaler dia itam. Aku panggil dia Tam jer.. Nakal minah nie... Dah la salu wat aksi manja depan aku. Tapi gelojoh sket. Mentang2 la dia celik, dia salu curik2 makanan adik dia yang sekor lagi. Adik dia tu buta terus. Kesian sgt aku tengok adik Tam tu. Adik dia ni bulu dia kaler kuning ala2 oren gtu. Aku panggil dia Rain. Jadilah TamRain. ehehehehe.. Start drpd tu, aku da jatuh sayang kat depa. Especially Rain. Dari kecik lagi aku belai dia, tp aku still tak ley nak angkat dia, hug2 dia. Stakat usap kepala dia, tarik dia pi makan tu boleh la. Nak tengok tak Rain aku??? hehehe.. 

Rain

Hehehe... dia la My Rain. Tapi ciyankan mata dia.. Tapi dia sangat2 bijak sebab dia bleh cam aku. Time aku duk jemur kain, dia salu teman aku.. Lau aku panggil dia Rain.. Rain.. she's very alert! Itulah keistimewaan yg Allah bagi kat dia, walaupon buta, tp sangat peka.. Tiap2 malam dorang memang tidur kat tangga depan umah aku. Termasuk la Mama Meow and Tam. Masa aku tengah layan FB lam bilik tadi, aku dengar suara Rain duk miaw2... Suara Rain ni lain dari yang lain sket, so aku ley la cam dia. Aku pom p la bukak pintu, ''oh... Rain upenyer.. Rain panggil Ain ea, rindu ain la tu. hehehe'' macam la Rain paham, tp dia dah tak miaw2 dah bile aku dtg kat ngan dia.. si Tam ni jeles sbb aku lebey manjakan Rain dari dia. Terguling2 dia depan aku nak suh aku belai2 dia gak. Hipokrit sket si Tam ni. Aku tak layan sgt dia. Poor Tam. =(  So, Tam merajuk ngan aku.... Petang tadi aku buat operasi besar-besaran, cuci kasut aku yang bertimbun2 tu. aku susun leklok kat tangga depan umah aku. Tapi nak jadi hal, si Tam ni pi sepah2 kan kasut2 aku tu.. Dia tarik2 kasut aku tu.. Tunjuk perasaan la tu konon2nya..hahahaha.. Tam..tam..

Tam tunjuk perasaan



Ditarik2nya kasut aku..hihi gelihati!

Seronok jugak sebenarnya melayan kerenah2 kucing ni. Tapi aku memang tak bley nak caring2 sangat kat dorang. Aku geli..hehe. Tapi aku dah cuba, Alhamdulillah.. skg ni da kurang sket rase geli tu. Sayang adalah..hehe.. Orang kata, tak kenal, maka tak cinta.. kan? Aku ader satu lagi misi kat cats ni.. aku lau bley nak mandikan dorang. Kasik bersih sket.. tp wat mase skg, memang aku tak boleh nak sampai ke tahap tu lagi. anyone?? tolong mandikan Mama meow, TamRain saya...hehehe. 

Monday, 30 May 2011

Reunion YBR, di BTN Kem Bumi Jati (23-26 May)

Salam 1 Malaysia! Waduh2, sejak balik dari kem BTN ni aku dah patriotik habis. Hahaha... Seronok sangat2 dapat gathering ngan kawan2 YBR. Rase macam tak cayer jer kitorang dapat kumpul balik. Tapi yg paling syok semasa kursus ni, kami enjoy habis dgn organizer BTN yg diketuai oleh Kak Bae.Langsung tak de pressure, tak macam kursus yg lepas2. Even kursus ni banyak aktiviti indoor, tapi cukup utk urat2 aku kembali mengembang. Hasilnya, sejak balik umah ni aku dah rasa lenguh2 kat belakang, kat lengan dan sebaginya. Memang dari dulu aku salu sakit2 belakang sbb active dgn taekwondo, tapi skg sakit tu dah datang balik. Cubaan~~

Pelajar2 tajaan Yayasan Bank Rakyat

Walaupon secara tidak rasminya aku telah menamatkan degree namun tidak menghalang aku utk turut serta program ni. Memang la pada awalnya aku mmg wt donno jer mase dapat email dari YBR berkenaan dgn kem ni. Tapi kejelesan ku makin meningkat bile mereka2 di group YBR salu duk potpet2 sal kem ni. So disebabkan aku mmg 'bekerja sendiri' shj kat umah ini yakni sbg penanam anggur sepenuh masa, at last aku decidekan diri utk join kursus ni. Memang seronok!
Makan, makan and makan

Tapi mmg tak dinafikan berat aku sudah meningkat secara mendadak memandangkan aku dipaksa utk makan 6x sehari dan juga berjaya menghitamkan lagi diri..hehehe... Makanan yang disediakan pom not bad, Lau tak cayer ko tengok Kamil kat sbelah aku tu, pelajar 'Quran and Sunnah' katanya, makan dgn penuh berselera..hehe. Tapi mmg aku tak nafikan makanannya mmg best! Jom aku tunjukkan kat korang kawan2 baru aku yang lain plak...

1 YBR, bertemu di BTN



Haa... Inilah kawan2 baru aku~Tak banyak sangat pic yang bley aku share ngan korang sbb sepanjang kami beraktiviti di sini  kami dilarang sama sekali utk penggunaan henset and camera di tempat2 tertentu. Contohnya macam dewan, dining, bilik LDK, sedangkan tempat2 tu la kami byk habiskan masa. Serius aku langsung tak rasa gap umur antara kami sedangkan lau di ikutkan range umur, tahun 1988 adalah yang paling or 2nd termatured di sini. Hehe.. aku juga melarang sama sekali panggilan 'kak ain' ke atas aku.. Hehehehe... bajek muda beb!! Ade jgk yang ingat aku ni sebaya dengan mereka dan meyangka aku ni pelajar diploma.. hehehe... Rasa nak tergelak pom ader dgn mereka2 ni..

Semasa Kelas LDK kumpulan Cemerlang,Gemilang,Terbilang



Ni pic time LDK. Even dilarang sama sekali untuk bergambar, kami dgn degilnya tidak mematuhi arahan tersebut. Hehehe.. So seronok mendengar cerita2 ttg Sejarah Malaysia yg disampaikan oleh Bro Sham. Best sgt2,tp bile cter part kedatangan penjajah Alfonso de Al-burquqe mmg aku rase geram sgt2 dgn kebangsatan M****U. Tapi pape pon kita dah merdeka pom skg, patut bersyukur dgn ape yang ada. Alhamdulillah~


After Kembara
Eventhough kitorang ni kenal kejap2 jer, tp kemesraan tu jelas terasa. Inilah yang dinamakan ukhwah. Hopefully akan2 datang dapat bertemu lagi kalian. Rindu korang sume...

Friday, 20 May 2011

Ceghita Lepas-Lepas

Hye guys!!! hehehe... seronok jugak yer dapat menconteng2 nie. At least dapat la aku mangurangkan rasa boring yang terlampau ni. No wonder la people love to have their own blog. Aku dah mula berkongsi rasa keseronokan itu. Banyak aku nak share ngan u all. Tapi hati aku cakap sabar.. sabar.. Ok, sekarang aku nak umum kan bahawasanya hari ini adalah hari yang ke-19 aku menjadi petani sepenuh masa. Hihihi... bosan jugak ea tak buat pape ni. Dari kecik, 13tahun sampai la aku umur 22 tahun, aku selalu di perantauan.(Cewahhh.. mcm dup obesi la pulak! Haha...) Tp bile aku berada di semester last, aku terpaksa blk ke tanah tumpahnya darahku, rakyat hidup bersatu dan maju.. Rahmat bahgia... eRRkk?? ternyanyi la pulak..hehe. Yelah aku kan praktikal kat sini. So blk sini la.. tapi ape2 pom aku enjoy jgk duk kat umah. At least parents aku ley la tengok2 kan aku.. opsss silap! at least aku bley la tengok2 kan parents aku. Yelah, usia mereka dah semakin meningkat, selalu pulak sakit2. So, bile aku ade dekat ngn dorang, tak perlu la dorang rindu2 kat aku lagi. Aku kan anak bongsu yang best. Tapi aku tak manje ok.. malam sket! Alamak panjang pulak aku membebel ni. Ok, kita straight to the point jelah ea.. Actually aku nk citer sal perjalanan hidup aku ni.. tapi perjalanannya aku citer dari yang terlatest dulu ea. Bermula dgn cerita Semusim Berpraktikal..

Al-Kisahnya begini~(taib...)

Bank Rakyat Kapong Sayo
                                           
Sebagai memenuhi syarat2 pelajar tahun akhir ijazah, bagi pelajar semester 6, aku diwajibkan menjalani latihan industri yang akan menempatkan kami di  mana2 syarikat yang berkaitan dengan kos dan bidang belajar kami. Oleh yang demikian, aku sbg pelajar BBA (hons) Islamic Banking telah memohon pelbagai bank dan rata2 syarikat yang berkaitan dgn kewangan yang wujud kat Malaysia ni sebagai tempat utk aku menuntut ilmu di alam kerjaya nnt. So, akhirnya, adalah sebuah bank yg agak terkenal di Malaysia ni telah memberi peluang untuk aku memenuhi syarat2 sbg pelajar tahun akhir ijazah. (Refer pic di atas) adalah ofis yang plg best yang pernah aku pergi SETAKAT ini. Nak tau kenapa, sbb semua staff2 dia sporting. Best, tak ugi aku praktikal dekat ngan umh. Pada awlnya mmg aku tak suke praktikal dekat ngan umah sbb aku tak biase duduk umah, tapi lama kelamaan sayang pulak nak tinggal rumah. Dan sekarang aku bercadang nak bekerja di Kelantan sahaja.

Wargakerja Bank Rakyat Branch Kubang Kerian
Jom  kita usya2 siapakah mereka.. semua pic ni aku grab dalam fb mereka. Sekali, empunya photo tak approve aku upload kat sini tak ke naye?? erkk.. Mohon share ea.. ehehehe. Yang berkaca mata dua dari kiri, ensem2 macam husband Lisdawati tu, alaaa ape dah nama mamat tu? emm Fauzi Nawawi, yep, Fauzi Nawawi! haaa... tu la bos aku. En Saini Hammade namanya. Org Sabah, sggh kacak bergaya. Orang serius, tapi sggh bermotivasi. Aku suka sgt bile dia bagi advice kat we all mase briefing pagi. Kata2nya penuh dgn semangat and byk memberi idea. Sesuai la dengan gaya serta statusnya seorang bos. No wonder la cawangan yg aku praktikal tu selalu dpt PLC. Sume staff2 kat situ bersemangat waja, slumber giler, and very2 supportive. Serius, aku mmg tak sangka yang aku akan bertemu dgn mereka2 tu. Before aku start praktikal, aku salu pikit -ve. Kot2 dapat keje dengan org yang macam zombie.. ishh seram bulu kaki aku! Tp org ckp don't judge a river by its surface ajer..hehehe.. Ok, jom kita  kenal2 dengan supervisa teman pulak......

En. Azhan

Siapakah gerangan Abang ensem ala2 Shah Rukh Khan di atas? haaa... Itulah Abang Khan. Hehehe..(err lau En.Han tau aku ckp camni, ke Marikh pom sampai aku ni). Hehehehe.... tula supervisa teman. '' bukan supervisa, Supervisor.. Inilah pentingnya English Education" katanya Usop Wilcha.. Namanya En. Azhan Ahmed adalah Ketua Unit Pembiayaan di opis aku praktikal. Seorang yang serius pada peringkat awal ku kenali. Tapi, bile dah lama kenal, seorang yang sgt2 kelakar dan kadang2 tegas. Tapi En.Han ni best orangnya, untung aku dapat supervisor mcm dia (En.Han, markah lebih sket... hehehehe). Tapi frankly speaking, he is a good avisor. Kadang2 banyak memotivasikan aku yang manja ngn ngengada ni. InsyaAllah, segala nasihat dan tunjuk ajar En.Han akan saya semat dalam diri. Dulu2 tu misscommunication ajer..hehehe.. thanks En. Han.

Kak Eita and Izz


Fewitttt... siapakah mereka di atas?? Inilah orang2 yang aku plg rapat kat unit credit. Oh, lupe nak maklumkan, sepanjang 5 bulan kat BR, mmg aku maintain kat unit credit. Tak tukar2 dah.. 1st time aku di arahkan berada di unit ini, mmg aku gabra habis. Masa tu aku sorang jer yang baru masuk praktikal. Dengan sume staff unit aku, takde sorang pom pakai tudung. Sume freehair. hehehe.. Yalah dorang freehair sbb dorang mane ley pakai tudung! Dorang kan lelaki. hak3...Mase tu sis aku, Kak Eita (refer pic diatas) tak de lg kat unit aku sbb cuti bersalin. Lame gak aku keseorangan kat situ. Sampailah, 16 Jan lau tak silap aku, barulah aku ade geng. Akhirnya kak eita msk opis. Aku suka sembang ngan akak ni. Dia best, slamber, sporting, ibu meletop la ni. Cun pon cun. Dia banyak ajar aku erti tabah. Banyak ajar aku suh sabar and plg tak ley blah ayat dia yg plg aku suka '' Ada Aku Kesah??" Lau u all nk tau akak ni dah ade 3 orang ank ni, haaa  jgn ko nak cube mengorat, kang aku report kat Acoi laki dia. Hehehe...Yang sbelah dia tu plak, yang ensem2 tu namanya Faiz. Aku pggl dia Izz jer. Dialah rakan seperjuangan aku, sbb dia dia pom praktikal same ngn aku. Orangnya sgt2 klakar. Lau korang tak percaya cer g kawan ngan dia. Aku tak sempat nak sedey2 lau dah sembang2 ngan dia.. Opss aku tak mau komen lebih2 nnt awek dia marah aku lak. Kan report kt org Johor kang..Opsss..hehehe. Papepom, aku kawan ngn sume orang. Ade lagi yang praktikal same ngn aku, Mira and Han. Aku pom rapat ngn dorang.. salu g makan same2, lepak same2, tapi dorang ditempatkan kat doku. nnt aku upload pic dorang ea...

Mira and me

Awek cun sebelah aku ni Mira namanyer...Orangnya manis, berdimple dan juga baik dengan aku.. Masa mula2 praktikal, aku sengsorang jer kt BR. Tapi after a week later, aku dah ader teman. Alhamdulillah..  Mira ni muda 3 tahun dari aku, tp aku tak bagi dia pggl aku kak ain sbb nnt aku nampak tua! hahahaha... Takdelah, aku tak mau nnt ader gap antara kami. So, aku lebih selesa dia pggl aku ain. Sebut pasal nama ni, klakar plak bila diingat2kan balik. Hehehe..masa awal praktikal dlu, aku introduce diri sbg Nazirah. Al-maklumlah, dari kecik sampai besar hanya cikgu KH dari skolah rendah sampai skolah menengah jer yg panggil aku Nazirah. Yang peliknya hanya cikgu KH! Lain2 sume panggil selain dari Nazirah. Tapi nama ni tak melekat la ngan aku.. At the end of intern, sume panggil aku Ain. Ok, my name is Ainun Nazirah. Call me Ain. hehehe..





Han and me
Who's the sweety next to me? U can called her Han. Ya.. her name is Han. Rakan seperjuangan di BR. Juga praktikal same ngan aku. Dari USIM same ngan izz. Dorang ni same course, Admin Muamalat. Pada awalnyer, aku segan jgk kat si Han ni. Yelah, dia mcm alim. Aku pulak jenis 'pendiam'. Tapi lama kelamaan kitorang ley geng jgk. I'm friendly. Tp disebabkan terlebih friendly lah kadang2 orang salah tafsir dengan sikap kita.Org tak kenal kita. Well, people judge. Jika org yg betul2 terer kawan ngan aku, dia akan senang jer cepat mesra ngan aku.. Sesungguhnya aku lgsg tak mau komen lebih2. Satu jer yg aku pegang, no lover between bestfren.. Pulakkkk... terpesong jauh dah aku ni. Berbalik cter sal Han, hehehe... ssh tul nak ajak awek ni gi lunch ngan i tau.. Tp kdg2 ader gak dia teman aku time Mira takde. Tu pom, penat aku wat muka 1 sen depan dia..hehehe.. Han, miss u. don't miss ya..

Epu, Abe Fizi, Abe Joe



Mereka2 di atas adalah antara sifu-sifu aku di BR.. seronok dapat kenal dgn dorang. Suka sembang ngan Abe Joe and Abe Fizi.. salu citer sal kerenah ank masing2 yang kelakar.. Hari tu masa Birthday party anak sis Eita, sempat berkenalan ngan family Abe Joe. Dah kenal ngan ank abe Joe yg kwn dgn otomen, batman, power rangers..Budak2 skg so creatif. They can think out of the box and sometimes kita tak ley nak expect aper yg dorang akan lakukan. Orang kata bdk2 yg byk ckp and nakal, bijak orangnya..Same goes to Abe Fizi's daughter.  Tak pernah jumpa ngan Umairah but she's nice i guess. Epu, banyak mengajar aku sepanjang di unit credit. Pernah satu hari, bila aku ni terlebih potpetpotpet sampai dia suh aku diam 5 minit. Hahahahaha....Bila ingat2 balik, naik sewel aku jap gelak sorang2..

Kak Intan and Kak Nor
Usin..... Usin... Usin.. Demam Hantu Kak Limah kat opis tempat aku praktikal. Hahaha.. sggh tak ley blah tetibe aku yang jadi Kak Limah! hak hak hak... Tapi tanpa sedar, krn Hantu Kak Limah lah yang mengeratkan kami. Betul lah orang cakap, ikatan itu indah jika kita tahu menjalinkannya. Kalau diikutkan aku ni seorang yang pemalu orangnya.hahaha...Susah nak dekat ngan orang yang lebih tua dari aku. Aku bukan aper, tanda hormat kat mereka. Tapi kawan ngn usin a.k.a kak intan and kak nor mmg best. 1st time aku msk BR, kak nor lah yang byk guide aku, introduce aku kat org tu, orang ni.. thanks a lot kak nor! Kak intan, executive yang plg selamber and cute, satu2nya exec yg 'bertudung' kat situ sbb exec2 lain sume free hair. hehehe.. opss.. sebut pasal Usin, mestilah ader Abi Hurairahnyer.. Jom2 kite tgk siapakah gerangan abi Hurairah itu..





Abe Z and Haji
Hehehe... Siapakah si macho berdua itu? Yang berkaca mata itu adalah PPC aku. Orangnya sangat2 kelakar dan selalu menceriakan pagi kami. Tak kering gusi aku di buatnya. Memang kelakar habis. Untung mereka di BR sbb mempunyai bos yg sporting macam haji. Every person have something special in theirselves. Mesti korang cakap statement2 aku 'main angin' kan? Nope, i don't. My blog is my privacy, my privacy is my opinion. Ape yg aku lihat, aku dengar, aku nilai sumenyer berdasarkan ape yg aku rasa. Buat aper aku nak cter something bad about people. Tak takot dose ker? ustaz aku kate. Setiap org ats muka bumi ni ader keistimewaannya tersendiri. Begitu juga dengan mereka.. Abi Hurairah? hehehe.. abe Z. Sgt2 baik. Slamber gler, and seorang yg ceria. A real ceria dan bersahaja. Bro Z, stay the way u are ea..  Ur style is adorable.




Luqman and Abe Hairi
See.. Dua jejaka kacak hero Malaya.. Hehehe.. Yang berjaket macho2 tu adalah Abe Hairi. Yang cun2 kat sebelah dia tu Luqman. hehe.. 2 guys ni aku baik jugak. Aku baik ngan sume org, sbb mek aku salu pesan, berkawan biar berjuta2 lemon, bermusuh jgn sekali. Tapi byk kali!! Hahaha.. part byk kali tu aku tambah jer..  Abe Hairi seorang yg aku kira macam abg la sbb dia tua banyak dari aku. Very understanding. Aku salu gak sembang2 ngan dia, dia layan jer aku dup potpetpotpet. Peminat bola ni.. Fanatik habis ngan TRW. Luqman lak, same age ngan aku. Masa awal2 aku knl aku pggl dia abe mey, but when i noticed that he juz same age ngan aku, lenyap terus title 'abe'. Hehehehe.. akukah yg perasan muda sebenarnya?? Hahaha.. Tapi pape pom Mey ni baik orgnya. Giler2 pom ader.. main angin pah ceroh...


Abe Pyan
Cer teka, cer teka ni saper? Ni la Abe Pyan.. Meja dia sebelah jer meja aku kat opis. Salu nyakat aku ni, tah pape la abe ni.. Pisang la, fereror Rocher la. Sekeh kang?? Hehehe... Tapi abe ni baik. Walaupun salu nyakat aku kat opis ngan bermacam2 hal segala, tp bile dah tamat intern ni, sayu la plak nak tinggal opis. Masa aku last day kat opis, aku tak nangis pom. Langsung tak. Bukan tak bermaksud aku tak sedey.. Kan aku dah ckp, aku hanya akan nangis, bile aku sakit hati jer. Lain2 hal, aku ley postpone. Lgpn masa last day tu, mek aku kat ospital. Tgh nak operate tyroid. So, kerisauan mengatasi kesedihan. Lps mek aku selamat operation, baru la aku terase sayu  sbb dah tamat intern. Boley pulak postpone sedey2 nie. Haa... itulah aku! Hehehe...



En.Nik and Kak B
Kak B and en.Nik.. Shhhh... aper ni gossip2. Hehe.. en.Nik ni exec aku kat opis ni, serius orgnya tapi kadang2 kelakar juga. Orgnya hensem, tinggi lampai tapi opsss sori, hatinya dah dimiliki. So guys, jgn nak usya2n kang aku report kat awek dia.. Hehe.. mereport jer keje aku ni kan? Hello, sorry naik lorry ok. Makan lagi baik, kenyang lagi. Aku bab report mereport ni bukan keje aku la. aku lihat, aku tengok, aku diam. Tapi lau bab tipu, haaa ko jgn cari pasal. Jgn cube2 nk menipu. Malaikat belah kiri catat tau. Aku cukup2 pantang la ngan kaki penipu ni. Ko buka mulut sket pom aku dah tau yang ko nak tipu. Org menipu, matanya tak pandai tutup rahsia tau. So, watch out! hehe.. terEmo la plak aku ni.. tak de kaitan pom. Kak B, akak ar Rahnu suatu masa dahulu. Seorang yang manja and baik sekali ngan aku. Suka sembang2 ngan dia, sbb dia jns yg selamber rock juga bersahaja..



En.Jamil, Haji, Abe Mey
Jeng.. jeng.. jeng..jom kita kenal2 same mereka!! Dari kiri tu, nama diberi En.Jamil,juga salah seorang exec di sini. Pendiam and cool orgnya juga kacak bergaya. Bulan2 terakhir di BR, aku banyak lepak kat unit operasi. Time ni la baru aku start2 knl rapat ngan staff operasi. Masa tu bz dengan sempena pembukaan Saham BR. Mase tu bz giler, toksah duk cakap la... beratus2 application. Tapi en.jamil cool jer..Yang tengah tu lak aku dah introduce lam entry kat atas2 tu. Namanya Haji. Jom tgk saper sebelah haji tu. Namanya Abe Mey, salah seorang guard kat BR. Orangnya nampak tegas, tapi hatinya baik. Aku ader kawan ngn anak dia, namanya Azli. Selalu time lunch, mst Azli dtg naik kat unit credit jumpa aku and sis eita. Azli ni, ensem, kacak bergaya. Sgt2 matang dan suke sgt bercakap(potpetpotpet).. nnt aku upload pic Azli..hehehehe..




Azli Si Chomel




Jeng3.... inilah Azli~ Hehehe.. aper ko ingat Azli tu lelaki dewasa ker? Malam sket ok! Ko ingat aku ni jenis tangkap cintan ke?? sorry~~Azli ni salu panggil aku cik ain, cik ain.. penat aku suh dia pggl aku kak ain. kira ok la pggl cik ain drpd MAK CIK ain?? tak ke haru? Umurnya baru 5 tahun, tapi bijak orgnya.. That's why aku cakap dia matang, sbb cara dia ckp mcm kanak2 dewasa. Gifted budak ni.. Miss u la Azli. aku salu cakap kat dia, jumpa nnt besar ea.. ehehe








Haa.. akak nie yang mempunyai sepasang mata redup ni namer dia Kak Zah. Orangnya pendiam juga bersahaja. Masa awl2 intern dlu, ader gak terpikir2 macam maner aku nak get along with her. Tapi betul la org cakap, Allah tu maha mendengar. Sejak aku lepak kat unit operasi, masa tu aku dah start rapat ngan kak zah. Baik orgnya.. Pendek kater sume staff kat sini baik dan bersahajalah.. Cayalah~~~ Hehehehe..






.
Kay and Kak Bibi
Si Jelita and si kacak bergaya, siapakah mereka? hehehe.... Yang cun2 putih melepak tu ialah Kak Bibi. Biler tgk kak Bibi, tingat kat kawan aku, Seha namanya.. Sebijik! macam adik and kakak. Kak Bibi ni orgnya cantik bergaya, juga seorang yang mudah mesra dan peramah. Suke bercerita ttg celoteh anak2, menarik sggh ceritanya. Kadang org kata kanak2 adalah pengubat hati lara. Keletahnya kdg2 mendamaikan jiwa. Senang citer la aku cakap, aku lau ader bdk2 mmg aku tak jadi nak hangin. Terutamanya bile berdepan dgn ank2 buah aku yg hyperactive. Tp dorang best, tak tau lah dorang ke yang best, or Su ain dia yg best! hahahaha... Ader jgk yg msk lif tekan sendiri ea...hahaha..Ok berbalik kepada jejaka si biru itu. Namanya syakir, tp aku panggil kay jer. Seorang yg cool and pendiam tp kira okay la.. Dia BR smart kat tmpt aku praktikal tu and mudah-mudahan nnt jd En.Syakir suatu hari nnt. Ameen.



En.Ilham and wife
So sweet~ same kacak, same cun. Haa... nilah exec unit aku, En. Ilham namenyer.. Yang kat sebelah dia tu, isterinya. Kak Nor. Alhamdulillah, tanggal 19 May 2011 isterinya telah selamat 'disburse'kan baby yang sangat2 comel yang dikenali sbg irfan. Name full aku tak tau, tp kehenseman baby itu terserlah dari awal lagi. Lihatlah parents dia.. cun n ensem kan? Congrats buat En.Ilham sekeluarga, semoga dengan kehadiran baby lebih menyerikan lagi hidup kalian. Ameen~ En. Ilham ni banyak berjasa kpd aku sepanjang aku praktikal kat BR. Dialah yang mula2 ajar aku cara2 nak kira loan. Kiranya dia mmg sifu lah. Seorang selamber, klakar and banyak idea. No wonder la sume org salu puji dia.











Tuan Eddie, Abe Mey, Epu
Ok say cheese.... Click! Dah siap snap pic. Tersenyum gembira kelihatannya mereka bertiga. Hehehe..
Yang paling kiri sekali tu lah bos eddie. Ketua unit petadbiran pembiayaan. Seorang yang cool and suka tersenyum. Baik orgnya, mula2 aku kenal, aku segan jgk nak bercakap dgn dia, tapi bile lame2 kenal, dia seorang yang ceria and suka berjenaka. Begitulah lumrah hidup kita, tak kenal, maka tak suke. Bile kenal, barulah kita dapat merasa. Tul tak? hehehe.. rosak peribahasa. Sorry la guys, mase kat uitm dlu, tak de subjek bahasa melayu, tunggang langgang BM aku dibuatnya. Even aku punya english pom agak kacau bilau. Tapi lau bahasa SMS, aku terer. rosak budaya!
Abe Ime
Last but not least, the most vvip in this opis is Abe Ime. Tanpa abe Ime, huru hara dibuatnya.. Hehehe. Aku rapat jgk dgn bro nie. Sgt2 understanding, tp kadang2 dia ader gak wat muka donno kat aku, tapi aku tau, hati dia baik. Semua org kat BR ni ader keunikan mereka tersendiri. Susah nak cari kelemahan org sbb everyone in this world always make mistake. Nobody is perfect. So, kita sbg manusia biase hendaklah belajar menerima segala kekurangan org lain seperti mana org lain menerima segala kekurangan kita seadanya.



Alhamdulillah... sekian sahaja ruangan 'citer2 lps' ni aku conteng di sini. Harap maaf jika ada tersalah kata, tersilap bicara. Aper yang aku suarakan di sini adalah aper yang aku rasa sahaja. Tiada agenda tersembunyi or sebaliknya. Kepada pihak2 yang terlibat, mohon kebenaran grab pic dari album FB. Kenangan bersama u all tetap kemas di ingatan krn semusim bersama, byk pglmn dan pengajaran yang ku rasa. Di kesempatan ini, aku nak ucapkan jutaan terima kasih buat sume wargakerja BR KK krn telah memberi peluang dan ruang utk aku belajar di sana. Segala tunjuk ajar, teguran segala tetap kemas tersimpan di dasar hati. InsyaAllah, moga ia mejadi pedoman yg dpt mengajar diri supaya menjadi insan yang berguna kelak. Mohon halalkan segala makan minum, ilmu serta jasa2 yg tidak ternilai harganya. Moga dikesempatan lain kita akan bersua lagi. InsyaAllah....

Tuesday, 17 May 2011

Jinak-jinak blog

Bismillahirrahmanirahim....

Alhamdulillah, akhirnya ader juga kesempatan utk aku menulis kat 'muka surat aku' ni. Dah lama aku pasang niat nak buka blog sendiri, tapi masa tak mengizinkan aku utk meneruskan niat suci murni aku ni.. hehe. very excited and speechless. aku mmg tak reti bab2 mengarang ni tapi sekali sekala tak salah kan share ngn u all.. well people said 'sharing is caring!'. Untuk permulaan aku tak mau tulis panjang2. just nak ambik mood jer. and then akan-akan datang, aku akan cube cari isu2 yang menarik share ngn korang.... isu yg berkaitan dengan kisah kehidupan, isu semasa, isu2 kerjaya dan macam segala..huhuhu